Covid-19: 7 bandar di Jepun diisytihar darurat

1753

Perdana Menteri Shinzo Abe pada Selasa mengumumkan darurat selama sebulan di tujuh bandar raya di Jepun, susulan penularan COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Abe, darurat dikuatkuasakan di beberapa bandar besar seperti:

  • Tokyo
  • Osaka
  • Kanagawa
  • Saitama
  • Chiba
  • Hyogo
  • Fukuoka

Jepun setakat ini mengesahkan 4,845 kes COVID-19 dengan angka kematian mencecah 108 orang. Seramai 1,211 pesakit sembuh.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here