Peugeot 208 dan 2008 menangi Red Dot Design Award

1778

Model kompak Peugeot 208 dan SUV Peugeot 2008 telah dianugerahkan dengan Red Dot Award 2020 dalam kategori rekabentuk produk.

Peugeot 208

Kedua-dua model itu telah meyakinkan para juri antarabangsa dengan rekabentuk luaran sporti dan binaan yang kemas. Ini juga merupakan kali keenam pengeluar Perancis itu memenangi anugerah berprestij itu.

Peugeot 2008

Haico van der Luyt, Pengarah Urusan Peugeot Jerman berkata: “Kami berbangga menerima anugerah ini untuk dua model kami. Ini membuktikan bahawa kami di landasan yang betul untuk DNA rekabentuk kami.”



Dengan rekabentuk luaran yang menyerlah, Peugeot 208 membawakan kedudukan lebih tinggi jenama itu. Ini juga telah mengagumkan para juri; model ini mempunyai garisan kemas yang panjang dan sporti.

Peugeot 208 juga menampilkan kluster instrumen 3D terbaharu, dilengkapi secara standard pada model Allure. i-Cockpit 3D ini juga merangkumi stereng unik dengan pelbagai fungsi, serta skrin sesentuh 10 inci.

Ciri lain yang digemari para juri adalah lampu DRL LED yang menegak, menggambarkan bahasa rekaan baharu Peugeot. Ia memberikan imej seperti taring harimau.

Rekabentuk tepi yang kemas dan menampilkan rekaan bersegi-tiga yang terus dibawa dari depan ke belakang. Di belakang pula terdapat kemasan hitam berkilat melintang yang menyambungkan kedua-dua lampu belakang.

Perincian halus yang lain pada Peugeot 2008 adalah kemasan jahitan, lampu LED ambien kabin, dan bahan premium seperti Alcantara.

Kedua-dua model ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan diesel. Enjin petrol 1.2-liter akan menghasilkan 99hp, 128hp dan 153hp dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan. Enjin diesel 1.5-liter pula dengan 99hp dan manual 6-kelajuan sahaja.

Peugeot 208 dan 2008 turut ditawarkan dengan pilihan elektrik, dengan nama e-208 dan e-2008. Versin ini menggunakan motor tunggal untuk memacu roda depan.

Motor ini menghasilkan 136hp dan 260Nm tork. Bateri 50kWh akan memberikan sehingga 309km jarak pemanduan.

Sokongan pengecasan pantas 100kW bermakna e-2008 ini boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. Regenerative braking pula memberikan lebih pengembalian tenaga untuk pemanduan seperti kereta berenjin petrol.

Bulan lepas, Peugeot 208 telah dinobatkan sebagai World Car of the Year 2020, mengalahkan Porsche Taycan dan Tesla Model 3.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here