Toyota Alphard yang dijadikan kereta jenazah

6912

Sekiranya anda mendengar nama Toyota Alphard, mungkin yang bermain di fikiran anda adalah sebuah MPV mewah dengan ruangan kabin yang luas. Tetapi kali ini, ia gambaran yang sangat berbeza. 

toyota alphard

Penampilan Toyota Alphard ini kelihatan berbeza kerana bentuknya yang kini menjadi lebih panjang. Ruangan belakang jentera ini kini lebih panjang dan kelihatan lebih unik. 



Rupa-rupanya, Alphard ini telah ditukar menjadi kereta jenazah oleh sebuah syarikat di Jepun, TRG Inc. Premium. Syarikat ini memang terkenal dengan mengubah sesebuah kereta menjadi panjang atau berubah kepada model limousine.

Jentera ini telah dipanjangkan sebanyak 1,600mm dengan hanya mengubah dari bahagian pilar B ke bahagian belakang.

Jadi Alphard ini, kini mempunyai dimensi sekitar 6,550mm panjang, 1,850mm lebar dan 1,900mm tinggi. Manakala versi standard mempunyai ukuran panjang sekitar 4,915mm-4,935mm.

Untuk ruangan dalam, tidak banyak perubahan yang dilakukan dan masih kekal seperti versi standard. Untuk bahagian belakang, kerusi penumpang telah dikeluarkan dan dibiarkan kosong untuk menampung satu keranda. Ruangan ini juga dihiasi dengan lapisan kabin yang bewarna putih, beserta dengan lampu LED.

Selain itu, kereta jenazah ini juga diberi nama iaitu “Michibiki Series Emu”. Apa pendapat anda dengan Alphard kereta jenazah ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here