Covid-19: Doktor sanggup tinggal dalam kereta untuk keselamatan keluarga

2182

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan seluruh dunia. Para doktor yang merupakan barisan hadapan bertungkus lumus dalam membantu mencegah penularan pandemik ini adalah kumpulan yang paling teruk terjejas.

doktor Covid-19

Ini kerana para doktor sering terdedah dengan pesakit Covid-19 dan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti virus tersebut.



Seorang doktor dari Madhya Pradesh, India yang sering merawat pesakit Covid-19 di daerah tersebut kini mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah dan tinggal di dalam keretanya.

Dr Sachin Nayak, yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di Bhopal, Madhya Pradesh telah tinggal di dalam kereta untuk menjaga kesihatan keluarganya. Setelah kembali dari tugasnya, dia akan menuju ke kereta dan tidur di dalamnya.

Dia telah menukar bahagian belakang Maruti Suzuki Ignis miliknya menjadi sebuah ruang tempat tinggal. Doktor tersebut menjauhkan diri dari keluarga untuk memastikan mereka selamat sekiranya dia dijangkiti.

Sachin Nayak juga tidak berinteraksi secara langsung dengan keluarganya dan hanya berkomunikasi melalui telefon atau panggilan video.

“Kami merawat pesakit dan mungkin kami membawa virus ini ketika kami pulang ke rumah. Untuk menyelamatkan keluarga saya daripada Covid-19, saya memutuskan untuk mengasingkan diri saya di dalam kereta. Saya telah menghabiskan tujuh hari di dalam kereta, tinggal dan tidur di dalam kereta,” katanya.

Dia juga berkata telah membuat ruangan belakang kereta dengan cukup selesa untuk diduduki, supaya dia selesa apabila berada di sana. Sachin Nayak juga turut membawa beberapa buah buku untuk menghilangkan rasa bosannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here