Waranti kenderaan Kia anda tamat dalam tempoh PKP? Usah risau dengan Kia Promise

1330

Kia Motors Corporation telah memperkenalkan ‘Kia Promise’, satu program lanjutan waranti antarabangsa untuk kenderaan mereka.

Kia Promise direka untuk menyokong pelanggan yang mana pergerakan mereka dihadkan dalam tempoh lockdown atau PKP disebabkan wabak Covid-19.



Kia Promise ini akan meliputi lebih 142 negara untuk kenderaan-kenderaan yang tempoh jaminan waranti asalnya tamat antara 1 Februari hingga 30 April 2020. Program ini akan melanjutkan jaminan waranti secara automatik hingga 30 Jun 2020.

Kia Motors percaya program ini akan memberi manfaat kepada lebih 500,000 pelanggan mereka seluruh dunia. Program ini diperkenalkan untuk membantu pelanggan yang tidak dapat menghantar kereta mereka dalam langkah mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Pengenalan ini juga sebagai langkah Kia mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pelanggan, rakan niaga dan pekerjanya.

Syarikat itu juga terus memantau untuk mengelakkan jangkitan berlaku di fasilitinya semasa bekerja.

Sementara itu, tonton video di mana kami menerangkan kenapa anda perlu ambil kira juga Kia Picanto jika sedang terfikir hendak membeli Perodua Myvi atau Proton Iriz.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here