Covid-19: Harley-Davidson AS hentikan kakitangan dan potong gaji pekerja

1442

Harley-Davidson Inc berkata mereka telah memberhentikan sebahagian besar pekerja bahagian pengeluaran global mereka dan melaksanakan pemotongan gaji. Langkah ini adalah usaha mereka dalam mengurangkan kos berikutan pandemik Covid-19 yang telah merugikan syarikat tersebut.

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu setelah mereka menarik balik anggaran pendapatan pada tahun ini. Harley-Davidson berkata, disebabkan pandemik ini, mereka terjejas dan tidak dapat membekal dan menjual motosikal.



Saham terakhir Harley yang diperdagangkan juga turun 5.7 peratus kepada USD18.25 (RM79.41). Pandemik Covid-19 telah menjejaskan pendapatan syarikat dan menyebabkan syarikat tersebut berusaha untuk menjimatkan dana.

Selain itu, kebimbangan mengenai pandemik ini yang menjejaskan syarikat Harley-Davidson telah menyebabkan agensi penarafan, Fitch dan Moody’s, telah menyatakan penilaian kredit mereka.

Walaupun Harley belum menyatakan kesan yang mereka alami, Fitch telah menganggarkan syarikat pengeluar motosikal tersebut akan mengalami penurunan jualan sebanyak 25 peratus pada tahun ini. Sementara itu, Moody’s menjangkakan penurunan jualan ini akan menjejaskan kedudukan syarikat Harley-Davidson di pasaran.

Harley-Davidson Covid-19

Sebagai sebahagian daripada pengurangan kos, Harley menyatakan akan secara ‘signifikan’ mengurangkan semua perbelanjaan yang tidak penting.

Ketua pegawai eksekutif dan lembaga pengarah akan memotong gaji mereka. Setiap gaji dari mereka akan dipotong sebanyak 30 peratus, sementara gaji pekerja akan dipotong sebanyak 10-20 peratus. Tindakan yang sama akan dilakuakan kepada ibu pejabat Harley-Davidson di luar Amerika Syarikat.

Harley mengatakan pengurangan gaji akan dinilai semula. Mereka tidak akan mengagihkan bonus pada tahun 2020 dan akan berhenti merekrut pekerja baru.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here