Jun tahun lepas, majalah Best Car dari Jepun menulis akan satu ura-ura berkenaan masa depan Mazda. Majalah itu berkata Mazda sedang membangunkan enjin straight-six (6-silinder sebaris) yang dikatakan dari kumpulan Toyota, iaitu enjin yang digunakan dari model Toyota dan Lexus.
Car and Driver pula berhubung dengan sumbernya, dan laporan mengatakan perkara sama seperti dikatakan oleh Best Car. Mazda6 generasi baharu yang mungkin tiba sekitar 2022 akan meninggalkan era enjin transverse (melintang) pacuan roda depan, dan beralih ke enjin longitudinally-mounted (menegak) 6-silinder dan pacuan roda belakang.
Konfigurasi ini akan dibina di atas platform “Large Architecture” Mazda sendiri.
Enjin SkyActiv-X 6-silinder petrol – dengan kapasiti kurang 3.0-liter – akan dibantu oleh sistem hibrid 48-volt, dan menjana output sejumlah 350hp.
Enjin 6-silinder kedua dikatakan akan tiba dalam bentuk SkyActiv-D, dengan konfigurasi PHEV.
Badan Mazda6 akan diinspirasikan dari konsep Mazda Vision Coupe 4-pintu yang sangat seksi yang telah membuat kemunculan pada Tokyo Motor Show 2017.
Car and Driver menulis: “Ada peluang Mazda akan mengikut jejak Lexus dengan memberikan enjin 6-silinder itu untu model dua- dan empat-pintu. Toyota pula akan menggunakan enjin SkyActiv-X untuk Lexus IS dan RC generasi baharu.”
Lexus IS generasi baharu dijangka hadir seawal 2021 dan bakal menggunakan platform TNGA Toyota.
Car and Driver menyimpulkan perancangan Mazda itu sebagai “Mazda merancang menghasilkan asas kepada model mewah sepenuhnya dengan harga lebih mampu milik.”
Dengan itu, Mazda akan menjadi Hyundai versi Jepun dengan bahasa rekabentuk ZoomZoom dan KODO Soul of Motion.
Sekiranya ini menjadi realiti, ini bermakna kereta itu dengan dalaman Toyota dan ‘memakai’ rupa sangat menawan dari Mazda. Kami rasa kami okey sahaja, tetap berminat dengan idea ini.
Apa pendapat anda?