Benz Velo, kereta terpantas pertama di dunia – 19km/j!

2690

Bercakap mengenai kereta terpantas di dunia, terdapat dua jenama supercar yang mendominasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini iaitu Koenigsegg dan Bugatti.

kereta terpantas

Kedua-dua jenama dari Sweden dan Perancis tersebut sering bersaing dalam menghasilkan jentera terpantas di muka bumi ini. Namun, tahukah anda tentang kereta terpantas pertama yang wujud di dunia ini?



Berdasarkan catatan sejarah, keluaran kereta terpantas pertama di dunia dipegang oleh nenek moyang Mercedes-Benz iaitu Benz Velo keluaran tahun 1894. Jentera ini pada zamannya adalah jentera terpantas di dunia yang dijual secara komersial.

Pencipta kereta ini ialah Karl Benz. Benz Velo dikuasakan oleh enjin 1.0 liter, yang mampu menghasilkan 2.75hp dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 19km/j. Ya, 19km/j sahaja ya, bukan 190km/j. Ingat, ini adalah lebih 100 tahun lepas.

Pada mulanya, Velo dikuasakan oleh enjin yang mampu menghasilkan 1.5hp pada 450rpm. Kemudian pada penghujung tahun 1901, prestasi enjin ditingkatkan kepada 3.5hp pada 800rpm.

Dari tahun 1898 dan tahun seterusnya, variasi yang lebih lengkap ditawarkan oleh syarikat itu, iaitu “Velociped Comfortable” atau “Comfortable”. Secara keseluruhan terdapat sekitar 1,200 unit “Velo” dan “Comfortable” yang dihasilkan, yang kebanyakannya untuk dieksport.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here