Jeremy Clarkson ialah ikon automotif terbaik dunia di layar skrin. Ini adalah menurut satu bancian yang dibuat dengan 2,000 responden di UK.
Bekas pengacara Top Gear dan pengacara The Grand Tour itu menduduki tempat teratas dalam bancian itu, mengalahkan nama-nama seperti Steve McQuenn, Vin Diesel dan Paul Walker.
Rakan pengacara beliau, Richard Hammond dan James May turut berada dalam senarai 10 teratas. Tiga orang pelakon James Bond juga turut tersenarai, dengan Sean Connery di kedudukan lebih baik berbanding Daniel Craig dan Sir Roger Moore.
Seorang jurucakap Hyundai – syarikat yang membuat bancian itu – berkata: “Internet telah mengubah terus cara kita membeli dan menjual produk serta melihat media.
“Sama ada streaming siri kegemaran kita, melihat iklan atau mengkonfigurasi kereta pilihan kita, sebenarnya memang banyak cara untuk peminat kereta menghabiskan masa di internet.”
10 ikon automotif terbaik
- Jeremy Clarkson
- Steve McQueen
- Richard Hammond
- Vin Diesel
- Sir Sean Connery
- James May
- Paul Walker
- Daniel Craig
- Sir Roger Moore
- Jason Statham
Hyundai juga menyuruh responden mereka memilih filem kereta terhebat pernah dihasilkan. Seperti dijangka, The Italian Job menjadi pilihan popular, diikuti oleh Bullitt dan francais Fast and Furious.
Di skrin lebih kecil, Top Gear di tangga teratas, mengalahkan Knight Rider dan The Dukes of Hazzard. Sementara itu, Aston Martin DB5 dipilih menjadi kereta filem terbaik, diikuti rapat oleh Chitty Chitty Bang Band dan DeLorean DMC-12 dari Back to the Future.