Perodua usaha kurangkan tunggakan tempahan model Myvi

1514

Perodua giat menjalankan ikhtiar bagi mengurangkan tempoh menunggu para pembeli kepada jangka masa yang lebih singkat. Hal ini kerana sekitar 22,000 unit Perodua Myvi baharu yang masih lagi belum diserahkan setakat akhir bulan September.

Perodua berjaya menjual sebanyak 168,200 unit kenderaan antara bulan Januari dan September tahun ini. Perodua berjaya meningkatkan peratus jualan sebanyak 11% keatas 151,600 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun 2017.

Kenaikan jumlah jualan ini adalah kerana sambutan baik pengguna kepada Perodua Myvi yang baharu serta model-model perodua yang lain. Model Axia, Bezza, dan Alza masing-masing terjual sebanyak terjual sebanyak 53,700, 38,100 dan 18,400 unit pada tahun ini setakat ini,”



Perodua Myvi
Perodua Myvi

“Kami masih belum dapat memberikan tempoh masa penghantaran yang penuh. Namun tenaga kerja di bahagian pengeluaran kami telah memulakan pengeluarannya dan seterusnya proses penghantaran akan bermula tidak lama lagi.

“Di sebalik isu yang tidak diingini ini, kami amat bersyukur kerana rakyat Malaysia masih terus menyokong Perodua. Kami ingin memohon maaf kepada para pelanggan yang terjejas kerana terpaksa menunggu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Kira-kira 9,500 unit kenderaan sahaja terjual secara keseluruhannya pada bulan September lepas. Ini adalah kerana pengeluaran Myvi terpaksa dihentikan bermula bulan Ogos disebabkan isu teknikal di salah satu vendornya.

“Kami menjemput para pelanggan kami untuk berkunjung ke bilik pameran kami. Pelanggan juga boleh bercakap dengan penasihat jualan yang sah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model kami serta promosi semasa kami,” kata Datuk (Dr) Aminar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here