Modenas buka 4 cawangan pusat servis terpilih

1404

Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) menyatakan bahawa operasi selepas jualan mereka akan kembali beroperasi di beberapa cawangan yang terpilih.

Ini adalah berikutan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini yang membenarkan perniagaan tertentu dibawah industri Automotif untuk kembali beroperasi.



Penyambungan semula operasi selepas jualan Modenas akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan.

Pusat-pusat yang akan dibuka untuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang

Hari Operasi: Dua kali seminggu (Isnin dan Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Permulaan: 20 April 2020, sehingga diberitahu kelak

MODENAS akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan pada jadual yang telah ditetapkan ini.

Hanya Dengan Temu Janji

Pusat-pusat servis ini akan melayani pelanggan hanya dengan temu janj. Para pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.

Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada. Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.

Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini. Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here