Syarikat pembuat tayar dari Jepun, Bridgestone Corp berkata mereka akan menghentikan operasi 11 kilang domestik mereka, termasuk 8 kilang penghasilan tayar hingga awal bulan Mei.
Hal ini dilakukan kerana permintaan yang berkurang dari pelanggan susulan penyebaran pandemik Covid-19 yang tersebar di seluruh dunia.
Syarikat pembuat tayar terbesar di dunia tersebut akan menutup 8 kilang penghasilan tayar mereka di antara 29 April hingga 8 Mei 2020. Penutupan juga dibuat pada kilang tayar kenderaan penumpang utama mereka di Hikone di barat Jepun dan kilang pembuat tayar trak dan bas yang terletak di Amagi, selatan Jepun.
Bridgestone mempunyai sejumlah 15 kilang di Jepun, yang kebanyakannya menghasilkan tayar atau produk getah yang lain.
Syarikat ini telah merancang untup menutup kilang antara 3-6 Mei untuk cuti Japan’s Golden Week. Namun, mereka memutuskan untuk memanjangkan tempoh cuti tersebut hingga 6 hari kerana permintaan untuk tayar baru, dan eksport semakin berkurangan.
Sehingga 16 April, Bridgestone telah menghentikan operasi di 19 dari 51 kilang tayarnya di luar negara. Penurunan pengeluaran kenderaan di dunia telah mempengaruhi pelbagai sektor automotif termasuk industri tayar.