Sebab kenapa jentera MotoGP menggunakan klac kering (klac loceng)

4419

Ramai yang belum tahu, kenapa jentera yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP lebih memilih untuk menggunakan klac kering (atau nama panggilan klac loceng) berbanding klac basah. 

klac kering klac loceng

Klac itu sendiri berfungsi sebagai penghantar tenaga dari enjin dan transmisi untuk disalurkan ke roda belakang.



Seperti namanya, klac kering tidak dibasahi dengan minyak. Ini kerana ia perlu mempunyai ketahanan untuk memindahkan kuasa yang tinggi dari transmisi dan enjin.

Selain itu, klac kering juga akan menjadikan minyak enjin lebih bersih kerana tidak ada sisa dari geseran plat klac yang dibawa ke minyak enjin.

Akan tetapi, tanpa penggunaan minyak, klac kering ini lebih cepat haus dan menghasilkan bunyi bising. Oleh itu, beberapa pengeluar menjadikan penutup klac ini lebih terbuka untuk membantu menyejukkannya.

Dengan menggunakan klac kering, pasukan dalam MotoGP dapat menjimatkan beberapa mililiter minyak. Ia juga memberi kesan kepada pengurangan berat jentera.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here