Tahukah anda, 7 situasi ini tidak membenarkan kenderaan anda ditarik

3298

Tarik kenderaan atau kata lain menyita kenderaan adalah antara perkara terakhir yang kita mahu terjadi kepada kita sebagai pemilik/pembeli kenderaan. Namun atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa juga ditarik.

Ia berlaku dimana kenderaan itu biasanya berlaku masalah pembayaran dengan institusi kewangan (bank) jika ia dimiliki dengan kaedah pinjaman sewa-beli (hire-purchase).



Namun tahukah anda terdapat beberapa situasi yang sebenarnya tidak membenarkan kenderaan anda ditarik. Ini bukanlah untuk anda membantah tindakan itu – sekiranya anda mempunyai masalah tunggakan, sudah tentu dapat jangkakan situasi ini.

Tapi anda juga perlu tahu hak anda sebagai pengguna, dan sekiranya kenderaan anda perlu ditarik juga, ia perlu mematuhi semua syarat dan undang-undang.

Berikut adalah 7 situasi yang tidak membenarkan kenderaan anda ditarik:

  1. Institusi kewangan tidak dibenarkan untuk menyita (menarik) kenderaan yang mana pembayaran pinjaman telah dilunaskan 75 peratus ke atas, melainkan dengan perintah mahkamah yang sah.
  2. Kenderaan yang terletak dalam kawasan rumah TIDAK boleh ditarik.
  3. Ejen penarik kereta mmestilah mempunyai kad autoriti (kuasa) Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
  4. Penarik kereta DILARANG bersifat gangster (macam Mael Lambong) atau melakukan kekerasan melampau.
  5. Kenderaan yang terletak di kawasan awam TIDAK boleh ditarik luar waktu 9 pagi hingga 9 malam.
  6. Pemilik WAJIB diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barangan peribadi SEBELUM kenderaan ditarik.
  7. WAJIB mempunyai dan menunjukkan kad pengenalan surat wakil kuasa dari institusi kewangan (bank) dan arahan penarikan.

Ya, disebabkan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program moratorium untuk pinjaman kenderaan dan perumahan. Sekurang-kurangnya legalah sedikit bagi mereka yang pendapatannya terjejas pada masa ini.

Namun jika lain kali kenderaan anda perlu ditarik juga atas masalah lain, anda kini sudah mempunyai pengetahuan mengenai syarat penarikan dan hak anda sebagai pengguna.

Silakan kongsi jika artikel ini bermanfaat.

 

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here