Ford Mustang Boss 429 tahun 1969 milik Paul Walker ini akan dilelong

5328

Salah satu kereta milik selebriti terkenal, mendiang Paul Walker akan dilelong pada bulan Jun yang akan datang. Kereta klasik dan rare yang menjadi buruan para pengumpul tersebut ialah Ford Mustang Boss 429 keluaran tahun 1969.

Ford Mustang Boss 429

Jentera ini dihasilkan hanya sebanyak 1,358 unit di seluruh dunia dan dilengkapi dengan enjin yang diberi nama HEMI 426, dimana enjin ini adalah jenis V8 yang berkapasiti 7.0-liter.



Enjin ini mampu menghasilkan sehingga 375hp dan digabungkan dengan transmisi 4-kelajuan.

Perkara menarik yang terdapat pada jentera milik Paul Walker ini ialah jarak perjalanannya yang baru mencecah 23,456km, sedangkan kereta ini sudah berusia lebih dari setengah abad. Maksudnya, jentera ini hanya digunakan dalam tujuan khas, seperti untuk penggambaran filem Fast And Furious.

Selain itu, jentera ini juga dinaik taraf dengan suspensi berprestasi dan bonet yang mempunyai lubang udara.

Ford Mustang Boss 429 ini dirancang untuk dilelong di acara lelongan Indy 2020 pada 23-28 Jun dengan nombor lot jualan R460. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai harga jentera ini yang ditawarkan, dan sudah pasti ianya tidak murah.

Paul Walker terkenal sebagai pengumpul kereta mewah dan klasik. Selepas kematiannya, lebih daripada 21 keretanya dilelong di Scottsdale Auction Barrett-Jackson.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here