Dron Draganfly pantau Covid-19 mampu baca suhu dari ketinggian 58 meter

1410

Sebuah syarikat pembuatan pesawat di Amerika Syarikat (AS), Draganfly telah mencipta dron yang mampu digunakan untuk mengesan individu yang bergejala dengan pandemik Covid-19.

dron covid-19

Dron pengesan penyakit berjangkit itu juga berupaya membaca suhu, kadar degupan jantung dan mengukur jarak sosial antara individu sejauh 58 meter.



Dron itu dilengkapi dengan sistem penglihatan pintar yang boleh mengesan pergerakan sama ada seseorang berdiri atau batuk.

Menerusi ujian dilakukan Draganfly dari atas padang bola di Westport iaitu pusat wabak Covid-19 di Connecticut, ia dapat mengesan sekumpulan individu dan pergerakan mereka.

Pengesan merah dapat mengesan sama ada individu itu berdiri hampir dengan satu sama lain, manakala kod hijau menunjukkan mereka mengikut garis panduan penjarakan sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cameron Shell berkata, Jabatan Polis Westport memanfaatkan teknologi itu demi keselamatan penduduk.

“Pandemik ini membuka peluang untuk ciptaan dron yang lebih maju.

“Ini menjadikan kami bandar pertama menggunakan teknologi seperti ini. Ia bukan sahaja berupaya menganalisis data, sekali gus menyelamatkan nyawa manusia,” katanya.

Cameron, bagaimanapun berkata, sistem tidak mengumpul maklumat individu secara khusus, tetapi mengambil populasi sampel untuk membantu pegawai kesihatan mengekang penularan Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here