Ford Mustang Cobra Jet 1400, jentera lumba drag versi elektrik

1945

Ford kali ini menggunakan model ikonik mereka iaitu Mustang untuk menghasilkan jentera perlumbaan drag. Ia menggunakan teknologi bateri-elektrik melalui penghasilan prototaip yang dinamakan sebagai Mustang Cobra Jet 1400.

Mustang Cobra Jet

Bagi menghasilkan jentera itu, Ford Performance menerima bantuan daripada pembekal MLe Racecars, Watson Engineering, AEM EV, dan Cascadia. Bagaimanapun, kapasiti bateri dan jumlah motor elektrik yang digunakan masih lagi rahsia dan tidah didedahkan kepada umum. Tetapi ia dikatakan mampu menghasilkan output sehingga 1,400hp dan tork setinggi 1,491Nm.



Difahamkan kenderaan elektrik itu juga dikatakan menggunakan transmisi 2-kelajuan. Prototaip Mustang Cobra Jet 1400 boleh memecut bagi jarak suku batu dalam tempoh 8 saat dengan kelajuan sehingga 274km/j.

Ketua Ford Performance Motorsports Global, Mark Rushbrook berkata, pihaknya melihat projek Cobra Jet 1400 sebagai peluang untuk mula mengembangkan tenaga elektrik dalam kereta lumba.

“Kami miliki banyak pengalaman, jadi kami mempunyai penanda aras prestasi yang ingin kami sepadankan dan menguasainya,” katanya.

Cobra Jet sebelum ini pada tahun 2018, dilengkapi dengan enjin Coyote V8 5.2 liter Whipple supercharged dan dikatakan mampu menghasilkan 1,000hp. Jentera ini juga mampu bergerak dari 0-241km/j hanya dalam masa 8 saat.

Ketika Hennessey meletakkan Cobra Jet tahun 2016 pada dyno. Kereta yang dikuasakan oleh Coyote V8 5.0 liter supercharged itu menghasilkan sebanyak 871hp.

Tarikan sebenar untuk Cobra Jet 1400 adalah ia merupakan kereta drag dengan “gabungan beberapa teknologi paling maju yang akan disertakan pada enjin Ford di masa hadapan”. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here