Covid-19: Puspakom bakal beroperasi semula pada 29 April ini

1544

Susulan penutupannya disebabkan penularan pandemik Covid-19, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan beroperasi semula bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan kategori tertentu pada 29 April ini. 

Covid-19 puspakom

Operasi ini dibuka oleh semua cawangan Puspakom di seluruh negara, kecuali di Batu Caves, Pandan Mewah, Glenmarie dan Taman Daya.



Kategori kenderaan perdagangan yang boleh diterima oleh Puspakom untuk sementara ini termasuk kenderaan barangan, perkhidmatan awam dan pelancongan.

Puspakom juga akan mengumumkan kelak jika perkhidmatan pemeriksaan lain akan beroperasi semula. Cawangan yang dibuka juga akan menyediakan khidmat pembaharuan insurans, termasuk cawangan di Lembah Klang dan zon selatan.

Semua pelanggan perlu membuat tempahan menerusi MyPuspakom sebelum hadir membuat pemeriksaan kenderaan untuk memudahkan lagi urusan.

Sebarang ‘walk-in’ ke Puspakom tidak dibenarkan kecuali bagi kenderaan yang telah tamat perakuan pemeriksaan antara 18 Mac hingga 28 April ini.

Bagaimanapun, kumpulan ini perlu merujuk jadual disediakan menerusi https://www.puspakom.com.my/news-announcement/ untuk memastikan memastikan tarikh yang ditetapkan bagi pemeriksaan kenderaan mereka.

Kenderaan yang tamat tempoh perakuan pemeriksaan selepas 28 April ini, diwajibkan membuat temu janji dalam talian di www.mypuspakom.com.my sebelum hadir pemeriksaan dan perlu membawa insurance cover note sebagai dokumen tambahan selain kad pendaftaran kenderaan asal dan perakuan pemeriksaan terkini.

Pelanggan juga perlu mendaftar di kaunter pendaftaran di cawangan yang dipilih sebelum 4.30 petang. Hanya seorang pemandu sahaja dibenarkan masuk ke premis pada satu masa.

Orang ramai boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini dengan mengikuti Facebook rasmi Puspakom Sdn Bhd atau layari www.puspakom.com.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here