Covid-19: Kes positif mencecah 1 juta, pekerja automotif di USA enggan kembali bekerja

2136

Sementara pengeluar kereta bersiap sedia untuk membuka semula kilang yang ditutup akibat penularan pandemik Covid-19. Namun, persatuan pekerja automotif (United Auto Workers/UAW) Amerika Syarikat menolak rancangan itu. 

pekerja automotif Covid-19

UAW meragui jaminan kesihatan mereka dan tidak percaya suasana persekitaran pekerjaan di kilang dapat mencegah mereka dari terkena jangkitan Covid-19.



Kenyataan ini disampaikan oleh UAW sebagai keprihatinan mereka terhadap rancangan Detroit Big Three, iaitu Fiat Chrysler Automobiles, General Motors dan Ford yang akan membuka semula kilang pada Mei ini. Bahkan, Fiat Chrysler Automobiles secara terbuka mengumumkan sasaran syarikat berkenaan untuk memulakan semula pengeluaran pada 4 Mei.

Namun, banyak negeri termasuk Michigan, di mana ketiga-tiga syarikat automotif utama di Amerika Syarikat berada, meragui protokol kesihatan syarikat itu.

Untuk mengelakkan penularan Covid-19, syarikat pengeluar kenderaan di Amerika Syarikat akan menerapkan penjagaan jarak antara pekerja, meningkatkan sanitasi dan mengambil suhu badan pekerja setiap jam.

Namun, Presiden UAW, Rory Gamble memaklumkan pihaknya tidak yakin syarikat dapat memastikan keselamatan pekerja yang mencukupi.

“Buat masa ini, UAW tidak percaya yang data saintifik sangat selamat bagi anggota yang kembali dari tempat kerja.”

“Kami ingin memastikan data saintifik menyokong dan setiap protokol kesihatan dan perlindungan yang lebih baik disediakan sebelum anggota UAW masuk ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga hari Sabtu (25 April 2020), berdasarkan data John Hopkins dari Uiversity CSSE, jumlah pesakit Covid-19 di Amerika Syarikat mencecah hampir 1 juta, iaitu mencapai 905,333 orang.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia adalah sebanyak  2,812,557. Ini bermaksud Amerika Syarikat menyumbang satu pertiga daripada jumlah kes jangkitan di seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here