AC Schnitzer tambah kuasa dan bikin Toyota Supra A90 lebih sporti

2075

AC Schnitzer, sebuah syarikat talaan yang berpangkalan di Aachen, Jerman kini mempersembahkan idea mereka dengan menaik taraf Toyota Supra A90

Kami telah siarkan artikel konsep AC Schnitzer untuk Supra ini beberapa bulan lepas, membandingkan kit untuk Supra dan kembarnya, BMW Z4.



AC Schnitzer mengubahsuai Toyota Supra dengan meletak splitter hadapan dan spoiler GT yang diperbuat daripada gentian karbon untuk meningkatkan ciri aerodinamik jentera ini.

Penampilan luaran juga lebih agresif. Jentera ini juga disediakan dengan ‘sport silencer kit’ yang dikatakan dapat menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan mengujakan. Kit ini disediakan dalam dua versi iaitu versi stainless-steel dan versi gentian karbon.

Sistem suspensi RS dengan lantunan (rebound) dan mampatan (compression) boleh laras juga ditawarkan oleh AC Schnitzer. Sistem suspensi ini boleh direndahkan sebanyak 25mm tetapi pada masa yang masih menawarkan pemanduan yang selesa.

Jentera ini juga dilengkapi rim lima batang berukuran 20 inci yang dibaluti tayar berbeza bersaiz, apabila di hadapan menggunakan 255/30, manakala 275/30 di belakang. 

Untuk ruangan dalam, jentera ini dilengkapi dengan set pedal dan paddle-shifter aluminium. Selain itu, material sama turut digunakan pada tombol kawalan sistem iDrive.

Bukan sahaja penampilan luaran dan dalaman yang menarik, Supra ini juga sudah dinaik taraf pada bahagian enjinnya.

Kini jentera ini dilengkapi dengan enjin B58 3.0-liter enam silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 394hp dan 600Nm tork. Jika dibandingkan dengan model standard, model ini mengalami peningkatan sebanyak 54hp dan 100Nm tork.

Walau bagaimanapun, kadar pecutan dan kelajuan maksimum jentera ini tidak dinyatakan oleh AC Schnitzer. Untuk perbandingan, sebuah Supra standard boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 250km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here