Seorang lelaki yang berasal dari Tripura, India, iaitu Partha Saha mengubah semula motosikal elektriknya untuk mematuhi penjagaan jarak sosial yang disyorkan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berikutan pandemik Covid-19 yang sedang tersebar di seluruh dunia.
Partha mengubahsuai badan motosikal elektriknya dengan memanjangkan jarak tempat duduk diantara penunggang dan pembonceng sepanjang 1 meter, iaitu sesuai dengan jarak penjagaan sosial yang disyorkan. Di bahagian pembonceng, handle bar juga disediakan untuk tempat pegangan.
“Penjagaan jarak sosial banyak dilakukan oleh semua orang sekarang. Tetapi, ramai juga yang tidak mempedulikannya. Oleh sebab itu, saya mula menyampaikan mesej tentang pentingnya menjaga jarak antara antara satu sama lain,” kata Partha.
Bukan hanya menekankan tentang penjagaan jarak sosial, Partha juga menggunakan motosikal elektrik sebagai kempen mesra alam.
Dia menggunakan arus motor DC dengan kapasiti 750 watt dan bateri 48 volt. Motosikal ini mengambil masa 3 jam untuk dicas sepenuhnya dan dengan sekali cas, ia dapat bergerak sekitar 80 kilometer.
“Saya tidak mahu motosikal ini dihasilkan secara besar-besaran kerana ia pasti akan menjadi lebih rumit dalam masalah perlesenan. Yang penting, mesej yang ingin saya sampaikan melalui motosikal ini tercapai,” katanya.
Untuk makluman, WHO menetapkan jarak selamat antara satu sama lain ialah minimum tiga kaki atau satu meter, terutama ketika orang itu bersin atau batuk.