Video: 0-100km/j dalam 1.87 saat, 402m dalam 8.47 saat – Porsche 911 Turbo S ini memang gila!

2074

Varian Turbo S biasanya dikhaskan untuk model Porsche 911 paling atas dan terbaik. Ia menggabungkan prestasi mantap dengan pemanduan berkualiti tinggi dan praktikal.

Video yang kami paparkan ini menampilkan sebuah Porsche 911 (generasi 991 Mk1) Turbo S (2013-2016) meluncur laju di litar drag Bahrain International Circuit.



Di permulaan video, Porsche itu sudah sedia di garisan permulaan, dengan enjin bersedia dalam mod launch control sebelum pemandunya melepaskan brek.

911 itu terus berlepas, tayar mencari cengkaman maksima, dan sebaik sahaja tayar mendapat cengkaman, ia terus hilang. 911 itu seperti dilastik dan mencapai 60 batu sejam (96km/j) dalam hanya 1.87 saat.

Ia terus memecut mencapai 130 batu sejam (209km/j) dalam 5.31 saat (sesetengah kereta belum sampai 100km/j pun!). 911 Turbo S ini menamatkan drag quarter-mile (402m) dalam 8.47 saat pada kelajuan 273 km/j.

Video dalam kereta menunjukkan kelajuan di sebelah bawah kiri, dan anda boleh lihat ia melepasi 61 batu sejam dan terus “melompat” ke 110 batu sejam (177km/j) sekelip mata.

Kami tak pasti apakah modifikasi yang dibuat pada 911 Turbo S ini, tapi ruangan description video itu mengatakan ia mendapat penalaan Emre Levant menggunakan ECU Syvecs dan klac Dodson Motorsport.

Dalam keadaan standard, Porsche 911 Turbo S datang dengan enjin 3.8-liter flat-six yang digandingkan dengan transmisi dwi-klac dan sistem pacuan semua-roda.

Enjin itu menghasilkan 552hp dan 770Nm tork, dan fungsi overboost mampu melonjakkan tork hingga 750Nm.

Angka-angka ini sudah cukup tinggi, tapi dengan prestasi 911 Turbo S dalam video ini, kami pasti ia menjana lebih banyak kuasa, mungkin melebihi 700hp dan 1,000Nm tork.

Semasa dilancarkan di Malaysia pada November 2013, Porsche 911 Turbo S ini dijual pada harga RM1.75 juta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here