Supercar hibrid Ferrari dengan 986hp ini bakal jadi convertible paling berkuasa

1523

Ferrari masih baru kembali beroperasi setelah lama berehat sejak penularan Covid-19. Kini dengan skim ‘Back on Track’, syarikat Prancing Horse itu mula aktif menguji prototaip terbaharu mereka di sekitar jalanan Maranello.

Prototaip itu ialah hypercar SF90 Stradale tetapi versi Spider atau convertible. Ia dilihat memakai camouflage yang tebal dan menutup hampir seluruh badan, tapi agak jelas menunjukkan ianya hypercar terkini syarikat itu.



Boleh dilihat kabinnya yang ke depan, lampu depan berbentuk-C, dan ekzos di belakang dengan posisi tengah dan tinggi. Antena radio yang diubah tempat dari bumbung ke belakang mengesahkan ia varian Spider.

Seperti 812 GTS dan F8 Spider, sebarang model convertible untuk SF90 akan mendapat enjin yang sama dengan versi hardtop.

Ini bermakna di belakang kabin prototaip ini ialah enjin V8 twin-turbo dengan tiga motor elektrik, menjadikan jumlah outputnya sebanyak 986hp. Disebabkan ia menjadi model pacuan semua-roda, SF90 mampu mencapai 100km/j dalam masa 2.5 saat.

Angka-angka ini juga akan menjadikan SF90 convertible paling berkuasa oleh Ferrari. Takhta itu sebelum ini dipegang oleh 812 GTS (780hp) dan LaFerrari Aperta (950hp).

Seperti semua convertible juga, SF90 Spider akan menerima sedikit pengurangan prestasi berbanding SF90, mungkin pecutan 0-100km/j sekitar 2.6 saat.

Ferrari masih belum mendedahkan tarikh pelancaran SF90 Spider, tetapi mungkin ia tidak akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini, dengan situasi pandemik yang melanda seluruh dunia sekarang.

Syarikat Itali itu telah melancarkan 5 model baharu pada 2019, dan merancang untuk melancarkan dua lagi model sebelum 2020 berakhir.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here