PKP: Pusat servis Honda terpilih mula beroperasi dalam fasa 4 dengan temujanji sahaja dan etika penjarakan sosial

2496

Dengan PKP dilanjutkan hingga Fasa 4, semua operasi Honda Malaysia terus ditutup sehingga diberitahu.

Walaubagaimanapun, pusat servis syarikat itu akan mula dibuka secara berperingkat mulai 29 April. Pembukaan ini berikutan kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta kelulusan-kelulusan lain.

Semua langkah berjaga-jaga akan tetap diambil di semua cawangan yang beroperasi di seluruh negara demi keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan Honda.



Pelanggan boleh mula menghantar kenderaan mereka untuk servis kerana aktiviti disinfeksi dan nyahkuman akan dijalankan secara berkala.

Setibanya di pusat servis, pelanggan akan melalui ujian saringan suhu, dan hand sanitiser akan disediakan. Individu yang direkodkan dengan suhu 37.5-darjah Celcius dan lebih atau mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas akan dinasihatkan meninggalkan premis dan mendapatkan rawatan.

Honda Malaysia akan memantau orang ramai dengan menjaga penjarakan sosial, dan jumlah pelanggan yang berada di premis juga akan diminimumkan. Kerana inilah pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Pembukaan pusat servis akan dijalankan secara berperingkat, bergantung kepada keadaan semasa dan kelulusan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut dan melihat senarai pusat servis dibuka dalam PKP4, layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here