Ketua pereka bentuk Hyundai Group undur diri selepas berkhidmat hampir 5 tahun

1752

Ketua pereka bentuk Hyundai Group, Luc Donckerwolke mengundurkan diri setelah menduduki jawatan tersebut selama selama 4 tahun setengah. 

 Hyundai Group

Selama ini, Donckerwolke bertanggungjawab untuk reka bentuk kenderaan jenama Hyundai, Kia dan Genesis.



Pengunduran diri dari Donckerwolke dikatakan kerana alasan pribadi dan ianya berkuatkuasa pada 29 April 2020. 

“Merupakan suatu penghormatan dan hak istimewa untuk menyumbang pada pembentukan masa depan Hyundai, Kia dan Genesis”, kata Donckerwolke dalam satu kenyataan.

“Sikap mereka yang berani dan progresif telah menyebabkan saya bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mencabar status quo,” katanya.

Donckerwolke menyertai Hyundai pada penghujung tahun 2015, setelah keluar dari Volkswagen Group (VW). Dia juga bertanggungjawab dalam reka bentuk Hyundai Kona dan Hyundai Palisade.

Donckerwolke juga membantu dalam reka bentuk Hyundai Genesis, memberikannya identiti unik, yang menarik garis antara jenama kereta mewah baru dan Hyundai. Dia juga merupakan pereka bentuk kepada sedan G80 dan G90, serta SUV GV80.

Sehingga kini, masih belum diketahui dimana Donckerwolke akan meneruskan kerjayanya sama ada kembali ke VW atau menyertai syarikat pengeluar kereta yang lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here