Mercedes-AMG A45 ini ditala untuk mencapai 323km/j

5195

Mercedes-AMG A45 S kini memegang gelaran hot hatch paling berkuasa di dunia. Ia mempunyai 415hp dari enjin 2.0-liter 4-silinder, dan mampu memecut ke 100km/j dalam hanya 3.9 saat. Perlu ke prestasi sebegini untuk hatchback 5-pintu?

Tapi ada juga yang merasa ia tidak cukup. Renntech dan RaceChip sebelum ini telah menala A45 ini. Kali ini, giliran Posaidon pula.



Syarikat talaan dari Jerman itu telah memperkenalkan dua peringkat modifikasi untuk A45. Yang pertama memfokus kepada perisian enjin 2.0-liter standard, yang menaikkan sebanyak 50hp menjadikan output kini pada 465hp, dan 0-100km/j dalam 3.6 saat.

Cukup?

Kalau tak cukup, talaan peringkat kedua – yang dinamakan RS 525 – menukar turbo Mercedes itu kepada unit lebih besar dan berkuasa. Kali ini enjin hot hatch itu memerah 525hp, dan pecutan 0-100 kini pada 3.4 saat.

Gempak? Nanti, dengar kelajuan maksimanya pula: 323km/j! Tapi tak selaju Ferrari Enzo atau McLaren MP4-12C…

Dan Posaidon nampaknya belum berhenti setakat itu. Menurut mereka, “Satu lagi versi ‘plus’ yang lebih berkuasa kini dalam pembangunan, dan kami belum dapat mendedahkan potensi prestasinya itu.”

Nampaknya Mercedes A45 dengan 323km/j tak mencukupi buat Posaidon. Dan syukurlah, mereka juga akan membangunkan sistem brek berprestasi tinggi juga seiring dengan peningkatan kuasa dan kelajuan A45 S itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here