PKPB: Sekatan jalan raya akan dikurangkan bermula hari Isnin

3249

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan pada jumaat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengurangkan sekatan jalan raya bermula hari Isnin ini dan akan memberi fokus kepada penguatkuasaan pematuhan jarak sosial. 

PKPB

Selain itu, pihak PDRM juga akan mengekang kemasukan pendatang tanpa izin serta kegiatan penyeludupan.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid berkata beberapa lokasi sekatan jalan raya akan turut diubah ke lokasi yang didapati menjadi laluan kemasukan pendatang tanpa izin dan kegiatan penyeludupan.

“Selaras dengan arahan terbaru kerajaan ini juga, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia akan meningkatkan kawalan ke laluan utama yang dikenal pasti digunakan oleh tekong-tekong (pengendali penyeludupan manusia) untuk membawa masuk pendatang tanpa izin.

“Laluan tersebut akan diperkuatkan dengan sekatan jalan raya baharu yang dikawal ketat bagi memastikan penyebaran dan penularan wabak Covid-19 ini dapat dikekang selaras dengan arahan PKPB ini,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam berkata berikutan PKPB, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenar beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti bermain badminton atau tenis tanpa penonton, joging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan jarakan sosial. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here