Covid-19: Cawangan Toyota dan Lexus mula beroperasi hari ini, temujanji sahaja, tertakluk kepada PKP negeri masing-masing

1806

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan rangkaian cawangan rasmi bagi jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), akan mula beroperasi pada 4 Mei 2020.

Pembukaan semula operasi serta premis terlibat ini adalah berdasarkan kelulusan dan tertakluk kepada pematuhan peraturan kerajaan negeri masing-masing.



Untuk itu, pelanggan dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu waktu dan hari operasi bagi cawangan rasmi jualan dan servis yang berkaitan untuk membuat temujanji.

Pembukaan cawangan jualan dan servis Toyota dan Lexus ini selari dengan kelulusan yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

toyota lexus

Semua cawangan telah menerima garis panduan bagi operasi harian yang wajib dipatuhi, bersekali dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MITI.

SOP berkenaan memerlukan amalan penjarakkan sosial, pembasmian kuman di premis serta urusan tanpa sentuhan antara individu sekiranya boleh.

Berkenaan kenderaan-kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi yang mana jaminannya tamat di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari tarikh akhir pelaksanaan PKP (ketika ini dijangka pada 12 Mei 2020).

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi:

Toyota

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin – Jumaat, 8am – 5.30pm

1800-8-TOYOTA (869682)

Bantuan kecemasan 24/7

1800-888-247

Emel sokongan pelanggan

customersupport@toyota.com.my

 

Lexus:

Pertanyaan dan bantuan umum

*Isnin – Jumaat, 8am – 5.30pm

1-800-88-LEXUS (54987)

Emel sokongan pelanggan

customersupportlexus@lexus.com.my

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here