Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pergerakan antara daerah sudah dibenarkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
Menurutnya, selepas PKPD dilaksanakan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menumpukan sekatan jalan raya, fokus mereka kini bukan lagi pergerakan.
Menurutnya, kini tumpuan pihak berkuasa adalah dari segi pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).
Justeru, PDRM menubuhkan pasukan petugas khas untuk operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi SOP itu di seluruh negara.
“Namun, pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan dan yang lain-lain sudah dibenarkan.
“Ini termasuk pergerakan antara daerah sudah dibenarkan, dan alasan untuk indvidu keluar pun terlalu banyak. Tidak mungkin pihak polis di sekatan jalan raya boleh menyekat individu-individu untuk keluar dari rumah mereka,” katanya.
“Kementerian Kesihatan Malaysia memberi kuasa kepada 14 agensi untuk melaksanakan pelaksanaan PKPB ini termasuk PDRM, ATM, APM, Maritim, JPJ dan jumlah itu akan ditambah masa ke semasa.
Menurutnya lagi, di setiap daerah, pemantauan akan dilaksanakan oleh anggota tetap iaitu PDRM, ATM, Rela, APM dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“Pendekatan pihak polis bermula dengan nasihat, jika tidak mampu untuk mengawalkannya, ia ditingkatkan kepada amaran dan jika masih berdegil akan dikenakan kepada tindakan undang-undang,” katanya.