Pemandu remaja pecut Mercedes C63 AMG Coupe milik ayahnya sehingga 308km/j

3879

Seorang remaja 19 tahun didakwa memandu secara berbahaya dengan memecut pada kelajuan “luar biasa” di sebuah lebuh raya Ontario, Montreal kata polis Kanada pada Ahad.

“Ini ialah kelajuan terpantas yang saya pernah dengar,” kata pegawai polis wilayah Ontario, Kerry Schmidt dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Twitter.



“Kelajuan luar biasa, kita bercakap mengenai kelajuan 308km/j,” katanya.

Pemandu itu, yang ditemani seorang lagi lelaki sebaya, memandu Mercedes C63 AMG Coupe bapanya pada lewat malam Sabtu lalu di Lebuhraya Ratu Elizabeth.

Lesen memandunya segera digantung dan kenderaan itu disita selama 7 hari.

“Ini benar-benar mengejutkan untuk sesiapa saja memandu selaju ini,” kata Schmidt sambil menambah pemandu lain membunyikan hon bagi menyuarakan kepuasan mereka ketika polis memberhentikan kereta dipandu pemuda itu.

Mercedes C63 AMG itu merupakan model generasi C204 (versi coupe untuk generasi W204) yang dikeluarkan dari 2008 hingga 2015, dan dipercayai C63 AMG itu ialah keluaran 2014.

Ia dipacu enjin 6.2-liter V8 naturally-aspirated (NA) yang mampu menjana 487hp dan 600Nm tork, disalurkan ke roda belakang.

Dengan transmisi automatik 7-kelajuan, ia mampu memecut ke 100km/j dalam 4.8 saat dan mencapai kelajuan maksima 280km/j yang dihadkan secara elektronik.

Jadi bagaimana remaja ini mampu mencapai kelajuan lebih 300km/j? Kami percaya sistem cut-off pada kereta itu telah dipadamkan, maka membolehkan ia mencapai kelajuan lebih tinggi.

Semasa dijual di Malaysia, C63 AMG ini berharga sekitar RM781k.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here