Rapide-Neo Overland, topi keledar Arai dengan gaya retro

1971

Bukan hanya pengeluar motosikal, pengeluar topi keledar seperti Arai juga memanfaatkan trend klasik atau retro untuk menarik minat pengguna.

Arai Rapide-Neo Overland
Beige Khaki

Malah pengeluar topi keledar yang berasal dari Jepun ini baru sahaja memperkenalkan topi keledar full face yang diberi nama Rapide-Neo Overland

Ia hadir dengan reka bentuk klasik seperti cita rasa peminat motosikal vintaj pada zaman dahulu. Memang patut jika spoiler dan saluran udara tidak terdapat pada bahagian atas topi keledar ini.



Olive Khaki

Walaupun tidak terdapat saluran udara pada bahagian atas, Arai masih menyediakan topi keledar ini dengan pengudaraan di bahagian dagu dan belakang.

Rapide-Neo Overland adalah reka bentuk vintaj keluaran produk Arai untuk tahun 2020. Ia hadir dengan dua pilihan warna, iaitu olive khaki dan beige khaki.

Reka bentuk topi keledar ini adalah karya Kato Nobuki, seorang pereka yang bekerja sejak tahun 2000.

Selain Rapide-Neo Overland, Arai juga memperkenalkan Rapid-Neo Roars. Walaupun mempunyai reka bentuk yang sama, grafik kedua-dua topi keledar Arai terbaru ini adalah berbeza.

Rapid-Neo Roars

Untuk Rapid-Neo Roars, ia dilengkapi dengan warna putih dan lukisan grafik bangunan di setiap sisi. Harga kedua-dua helmet ini juga sama, iaitu 59,400 yen (RM2,414). Pastinya ia harga di Jepun, apabila sampai Malaysia sudah pasti mahal sedikit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here