Covid-19: Umat Islam boleh membayar zakat melalui kaunter pandu lalu

2213

Setiap individu yang beragama Islam perlu menunaikan kewajipan mereka iaitu membayar zakat fitrah walaupun pergerakan agak terbatas sepanjang musim pandemik Covid-19.

Walaupun sudah ada aplikasi yang disediakan untuk masyarakat Islam membayar zakat fitrah secara dalam talian, terdapat beberapa masjid yang menyediakan kaunter pandu lalu untuk pembayaran zakat dengan cepat dan cekap tanpa si pembayar zakat keluar dari kenderaan.



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya sebagai contoh, sudah memperkenalkan kaunter pandu lalu zakat fitrah sejak tahun 2012.

Sesuai saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi semasa Covid-19, pembayaran zakat itu walaupun masih dapat melihat fizikal antara pembayar zakat dan amil, namun ia mengikut prosedur operasi standard (SOP).

membayar zakat

Penjarakan sosial diamalkan, tidak bersalaman, pemakaian pelitup muka dan urusan akad zakat fitrah juga selesai tidak sampai seminit.

Pembayaran zakat fitrah secara pandu lalu itu dikatakan mudah dan cepat sekali gus sesuai dengan situasi semasa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here