Zlatan Ibrahimovic dilihat pandu sebuah Ferrari Monza SP2

2345

Pemain bola sepak terkemuka yang berasal dari Sweden, Zlatan Ibrahimovic juga dikenali sebagai peminat kereta sport.

Baru-baru ini, muncul gambar dan video pemain yang kini menyarung jersi AC Milan tersebut sedang memandu sebuah Ferrari Monza SP2 di Stockholm, Sweden.

Zlatan Ibrahimovic



Video tersebut memaparkan Ibra yang berada di dalam kereta miliknya berhenti di lampu merah sebelum meneruskan perjalanannya.

Jentera ini merupakan salah satu koleksi dari Ferrari dan Porsche milik Ibrahimovic. Kebetulan juga, jentera ini baru diperoleh sekitar 2 bulan yang lalu sebelum kerajaan Sweden melaksanakan perintah lockdown.

Zlatan Ibrahimovic dilihat secara santai memandu supercar tanpa bumbung ini walaupun terdapat bahaya yang berkemungkinan akan dialaminya. Ini kerana, dia juga dilihat tidak memakai topeng muka untuk melindungi dirinya dari pandemik Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia pada masa ini. 

Ferrari Monza SP2 adalah salah satu produk menarik dari Ferrari. Kereta sport tanpa bumbung ini diperkenalkan pada bulan Oktober 2018 di Paris Motor Show bersama dengan varian SP1 yang mempunyai kapasiti 1 tempat duduk seperti kereta lumba klasik.

Monza merupakan sebuah penghargaan kepada kereta lumba Ferrari pada tahun 1950-an seperti model 750 dan 850.

Ferrari Monza SP1 dan SP2 dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter yang mampu menghasilkan sehingga 799hp. Jentera ini merupakan salah satu jentera paling berkuasa keluaran Ferrari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here