Dihasilkan hanya 250 unit, Triumph perkenalkan Scrambler 1200 edisi James Bond

1337

Triumph kini memperkenalkan replika edisi terhad Scrambler 1200 yang akan ditunggang oleh James Bond dalam filem terbarunya. Motosikal dengan gaya scrambler adventure kelihatan sangat unik dan menarik. Motosikal edisi James Bond ini akan dijual secara terhad.

Triumph james bond

Tidak hanya sinonim dengan kereta canggih yang dilengkapi dengan ciri-ciri terbaik, watak James Bond juga sering menggunakan motosikal yang unik dan menarik.



Dikatakan dalam filem James Bond terbaru nanti, ejen rahsia 007 ini akan menunggang Triumph untuk mengharungi bandar-bandar yang padat. Jentera ini juga akan beraksi dalam aksi yang menimbulkan kekacauan untuk satu misi.

Triumph james bond

Syarikat pengeluar motosikal dari Britain ini cuba menawarkan motosikal edisi terhad ini kepada pencinta dua roda di seluruh dunia. Motosikal ini hanya akan dihasilkan sebanyak 250 unit dengan rekaan unik 007, dan menggunakan spesifikasi motosikal Scrambler XE.

Hadir dengan sentuhan warna hitam yang menarik, Triumph Scrambler 1200 turut diberi sentuhan dengan warna perak dan garisan bewarna keemasan di bahagian tangki minyak. 

Dua ekzos yang disertakan pada bahagian badan membuatkan scrambler ini begitu berbeza dari model yang lain.

Bukan hanya dengan reka bentuk unik dan edisi terhad, pemilik bagi jentera ini juga akan diberi surat khas yang akan ditandatangan oleh CEO Triumph, Nick Bloor. Belum ada maklumat dari Triumph tentang harga untuk jentera ini.

Walau bagaimanapun, motosikal ini secara rasmi akan diperkenalkan dan dijual setelah filem terbaru James Bond dilancarkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here