Yamaha MT-09 kini telah dikemaskini untuk 2020 dengan tawaran warna baharu iaitu Yamaha Racing Blu.
Pada masa yang sama, harga MT-09 ini pada RM48,920 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran) masih kekal menurut Yamaha.
Lain-lain aspek pada motosikal ini juga masih kekal. Yamaha MT-09 dipacu oleh enjin 847cc yang menghasilkan 115hp pada 10,000rpm dan 87.5Nm tork pada 8,500rpm.
Output ini disalurkan ke roda belakang melalui transmisi 6-kelajuan dengan ciri klac Assist & Slip (A&S) untuk penukaran gear lancar dalam semua keadaan tunggangan.
Ciri lain juga sama seperti lampu depan LED, quickshifter, brek cakera depan 298mm berkembar dengan ABS, fork depan 41mm dan monoshock belakang dengan larasan pre-load.
Untuk dimensi pula, Yamaha MT-09 mempunyai ketinggian pelana 820mm, berat basah 193kg dan kapasiti tangki bahan api 14-liter.
Anda boleh mula melihat Yamaha MT-09 2020 ini di semua pengedar minggu ini.