Covid-19: Toyota sumbang jentera Formula 1 untuk lelongan amal

1430

Para penggemar dan pengumpul hypercar edisi terhad yang berharga jutaan ringgit kini berpeluang untuk memiliki jentera Formula 1 yang sebenar.

Toyota Formula 1

Ini kerana, Toyota akan sumbangkan sebuah jentera Formula 1 terakhir yang mereka hasilkan melalui lelongan amal untuk disumbangkan menjadi bantuan pandemik Covid-19.



Menggunakan casis bernombor 01, jentera yang diberi nama TF109 ini pernah mengambil bahagian dalam ujian bateri pada perlumbaan Formula 1 tahun 2009. Ia juga pernah diuji oleh beberapa pemandu profesional termasuk Henkie Waldschmidt, Jarno Trulli dan Timo Glock, tetapi tidak pernah berada di petak perlumbaan untuk saingan yang sebenar.

Toyota Formula 1

Setelah sekian lema diletakkan dalam muzium, Toyota menyerahkan TF109 kepada Pirelli, yang menggunakannya sebagai jentera ujian untuk tayar mereka. Jentera ini pernah ditampilkan dengan warna merah dan putih, dan juga pernah dipandu oleh beberapa pelumba ternama termasuk Romain Grosjean.

Toyota Formula 1

Akhirnya jentera Formula 1 dari Toyota ini tidak lagi digunakan untuk kegunaan litar pada tahun 2011, setelah mengumpul jarak perbatuan 30,000km. Ia dikira jarak yang agak jauh untuk sesebuah jentera Formula 1.

Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa jentera dengan casis bernombor 01 ini telah banyak digunakan sejak tahun 2011. Ia dijual sebagai jentera yang masih lengkap dilengkapi dengan enjin V8 2.4-liter, tetapi masih tidak dipastikan ianya masih berfungsi atau tidak.

Syarikat lelongan, RM Sotheby belum memberikan butiran tentang pra-lelongan, tetapi tidak menjadi perkara yang pelik jika harga jentera ini mencecah puluhan juta ringgit.

Acara lelongan untuk jentera ini akan dilakukan secara dalam talian, diantara 15-22 Jun 2020. RM Sotheby sebelum ini mengumumkan acara lelongan akan melibatkan lebih dari 60 buah jentera.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here