Suka basuh kereta di tempat automatik? Ini risiko yang mungkin anda alami

5084

Kerana prosedur yang mudah dan pemilik kereta tidak perlu menggunakan banyak tenaga mereka, servis pembasuh kereta automatik menjadi pilihan popular.

pembasuh kereta automatik

Hanya perlu duduk di dalam kereta dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, kereta yang kotor akan dicuci dan mengambil masa kurang dari 20 minit.



Akan tetapi, dalam kemudahan teknologi ini, kadang-kadang tanpa kita sedari, terdapat juga kekurangan dan kelemahannya. Terdapat beberapa sebab mengapa para pemilik kereta perlu meminimakan penggunan servis pembasuh kereta automatik.

Berus kotor

Berus pada alat ini sememangnya besar dan mencuci secara menyuluruh, tetapi ia telah mencuci banyak kereta setiap hari. Berus yang besar pada alat ini berkemungkinan masih mempunyai kotoran dan membawa kotoran tersebut ke kereta seterusnya.

Syampu kimia

Penggunaan syampu kimia yang kuat biasanya digunakan untuk mencuci kereta melalui alat pembasuh kereta automatik. Sekiranya kerap digunakan, ia mungkin menyebabkan warna kereta akan pudar untuk jangka masa yang lama.

Calar pada kereta

Sesetengah berus yang terdapat pada alat ini boleh menyebabkan calar-calar ringan semasa proses mencuci. Calar halus yang mungkin kita tak perasan ini boleh merosakkan permukaan cat kereta.

Walau bagaimanapun, tidak salah untuk mengunakan khidmat alat ini sekali sekala kerana ia memang cepat.

Tetapi jika anda mempunyai pilihan membasuh kereta menggunakan tangan sendiri atau di kedai, lebih baik pilih cara ini dari pembasuh automatik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here