Beberapa masalah permukaan cat kereta yang mampu diselesaikan dengan kaedah ‘polish’

12682

Bagi seseorang pemilik kenderaan, sudah tentu personaliti kereta sangat menjadi keutamaan kepada mereka. Sekiranya berlaku sebarang masalah pada permukaan cat kereta, sudah tentu ia akan mencacatkan personaliti kereta tersebut.

masalah permukaan cat kereta

Sesetengah masalah pada permukaan cat agak susah untuk dipulihkan, contohnya seperti calar yang dalam. Tetapi, ada juga masalah ini dapat dipulihkan iaitu dengan menggunakan kaedah polish.



Disini, kami akan senaraikan beberapa masalah yang dapat diselesaikan dengan kaedah polish.

  1. Swirl Mark

Swirl Mark merupakan calar-calar halus yang berbentuk seperti pusaran labah-labah. Masalah ini akan kelihatan jelas jika dilihat dibawah cahaya matahari atau cahaya lampu.

Punca masalah ini terjadi ialah mengelap badan kereta menggunakan kain kering yang mempunyai debu dan kotoran halus dan menggunaan perkhidmatan cucian automatik secara kerap.

2. Orange Peel

Kesan ini akan menjadikan permukaan cat kereta menggerutu seakan kulit buah oren. Masalah ini berpunca dari lebihan semburan cat pada kereta.

3. Waterspot

masalah permukaan cat kereta

Masalah pada permukaan cat kereta ini sukar untuk dihilangkan melalui kaedah cucian biasa. Kesan ini berpunca dari perangai pemilik kereta yang jarang mencuci kereta mereka.

Selain itu, kesan ini akan muncul sekiranya pemilik mengamalkan teknik pengeringan kereta yang salah iaitu dengan tidak lap kereta dan membiarkannya kering dengan sendiri di bawah cahaya matahari. Ini kerana, angin yang membawa habuk dan debu kotor akan melekat pada tompokan air yang belum kering.

4. Cat pudar

masalah permukaan cat kereta

Kesan ini akan muncul apabila warna cat kereta sudah kusam dan hampir kehilangan warna asal serta tidak berkilat.

Antara punca masalah ini ialah permukaan sesebuah kereta tidak dilindungi dengan perlindungan khas seperti wax atau “coating“. Selain itu, kesan ini juga akan muncul jika kereta sering terdedah kepada hujan dan panas. Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan cat cepat pudar.

Selain itu penggunaan produk yang salah semasa mencuci kereta seperti menggunakan sabun basuh baju atau pencuci pinggan juga akan menyebabkan masalah ini.

5. Hologram

Masalah ini berlaku kerana kesan polish pada permukaan kereta. Ianya berpunca dari kurangnya pengalaman untuk polish kereta dan tidak mengikuti kaedah polish dengan betul.

Selain itu, penggunaan mesin polish pada kelajuan yang tinggi dan pemilihan produk yang salah juga merupakan faktor kepada adanya kesan ini pada permukaan cat kereta.

Sekiranya kesemua kesan yang kami senaraikan terjadi pada kereta anda, bertindaklah dengan segera agar keadaan permukaan cat kereta anda menjadi lebih teruk.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here