Pengecualian cukai jualan kereta penumpang CKD hingga hujung tahun, harga kereta turun?

2693

Kerajaan kini memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).

pengecualian cukai jualan kereta penumpang tempatan

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus turut akan diberikan kepada kereta penumpang import.



“Pengecualian ini akan bermula dari tempoh 15 Jun ini hingga 31 Disember 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada hari ini. Katanya, insentif itu akan menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here