Di Chicago, Amerika syarikat, sebuah Harley-Davidson iaitu Street Glide digunakan sebagai kenderaan untuk perkhidmatan pengebumian.
Nama Harley-Davidson sangat sinonim bagi peminat motosikal di seluruh dunia. Motosikal dengan saiz besar ini menampilkan aura keberanian dengan gaya pengembaraan yang merupakan salah satu sebab mengapa seseorang menyukainya.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ron Roach, dia mereka sebuah treler yang akan menjadi tempat letak jenazah, dan akan ditarik oleh motosikal Harley-Davidson Street Glide. Ron juga sudah melakukan kaedah pengebumian jenazah menggunakan motosikal Harley-Davidson sejak 15 tahun yang lalu.
Idea kaedah penghantaran jenazah ini muncul ketika Ron menghadiri pengebumian rakan sekerja dan menghantar jenazah menggunakan sebuah kereta lama. Dari situ, dia mendapat idea untuk menghantar jenazah orang yang minat motosikal.
Dengan beberapa ubah suai, lahirlah motosikal Harley-Davidson yang digunakan sebagai kenderaan jenazah.
Bahagian tayar belakang motosikal ini ditambah lagi dua tayar untuk memberi keseimbangan ketika membawa trailer yang diubah suai. Tayar tambahan tersebut boleh ditanggalkan untuk mengembalikan rupa bentuk asal motosikal tersebut.
Menurut Ron, ubah suai yang dilakukan memakan masa selama 4 hari. Ron juga menjelaskan bahawa perkhidmatan menggunakan motosikal ini bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan. Tujuannya adalah untuk memberikan penghargaan terakhir kepada pencinta motosikal sebelum pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.
Kos sewa untuk penghantar jenazah di Amerika Syarikat biasanya berharga sekitar USD700 (RM2,987).
Sumber: autoevolution.com, oto.detik.com