Sangat unik! Ini replika pelbagai kenderaan yang dihasilkan dengan kayu

3728

Terdapat beberapa replika kenderaan yang dihasilkan melalui pelbagai barangan dan dijual di pasaran. Replika biasanya dihasilkan dengan teliti berdasarkan reka bentuk sebenar sesebuah kenderaan, walaupun ada replika yang berukuran jauh lebih kecil.

replika kenderaan

Namun, terdapat replika kenderaan yang lebih menarik dan unik, dimana ia merupakan ukiran tangan dan diperbuat daripada kayu. Kesemua hasil seni yang unik ini dipaparkan melalui saluran Youtube Woodworking Art.



Menurut sumber, juru ukir ini dipercayai seorang warga Vietnam dan dalam masa enam bulan kebelakangan ini, dia telah berkongsi video mengenai 11 hasil tangannya yang diukir dengan kayu dan dengan saiz yang berbeza.

Video-video yang memaparkan ukiran replika kenderaan dalam saluran Youtube tersebut mendapat jutaan tontonan, bahkan satu video tentang replika Toyota Land Cruiser V8 kini mencecah 53 juta tontonan.  

Apa yang menarik mengenai replika yang dihasilkan ialah tiada alat canggih dan khas digunakan untuk membuatnya. Alat utama yang digunakan oleh juru ukir tersebut hanyalah tukul dan pahat, terutama ketika dalam proses membentuk dan meniru rupa kereta sebenar.

Video ini patut ditonton, terutama ketika proses membuat roda dan tayar supaya kelihatan seperti rupa bentuk sebenar. Pintu dari replika kenderaan yang dihasilkan juga dapat ditutup dan dibuka, manakala untuk model Bugatti Chiron, sayap belakang replika jentera tersebut dapat disesuaikan.

Salah satu replika yang menarik dihasilkan ialah replika Ford Everest, dimana replika ini disertakan dengan casis canggih yang sebenarnya turut disediakan dengan spring di bahagian hadapan untuk menambahkan keasliannya.

Replika Everest juga dilengkapi dengan pek bateri dan motor elektrik yang menggerakkan roda belakang, sama seperti model yang sebenar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here