Reka cipta memang memerlukan kreativiti, kerja keras, dan sifat tidak pernah berputus asa. Kerana memiliki ciri-ciri tersebut, seorang lelaki di Indonesia mampu menghasilkan kereta elektrik.
Berbekalkan peralatan yang sederhana dan pengetahuan dari internet, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sasmito ,36, mampu menghasilkan kereta dengan kuasa elektrik yang cukup cekap.
Menurut sumber, dengan kemampuannya memperbaiki pelbagai alatan elektronik, lelaki yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia ini mampu mencipta kereta elektrik yang berfungsi untuk kegunaan hariannya.
Sasmito mengakui dia hanya belajar dari YouTube. Hal ini sudah tentu merupakan satu pencapaian yang sepatutnya dihargai. Ini kerana, ciptaan Sasmito ini merupakan satu pencapaian yang jarang dilakukan oleh seseorang.
Pernah digunakan untuk jarak jauh
Bukan hanya pencapaian yang membanggakan, kereta elektrik yang diciptakan oleh Sasmito sangat berguna untuknya. Ini kerana, kereta ini pernah dijadikan kenderaan untuk berulang-alik dari rumahnya ke kawasan bandar.
Ini membuktikan bahawa kereta elektrik ini dapat digunakan jika direka semula semaksima yang mungkin. Bahkan hasil dari teknologi ini, ia akan memberi sumber pendapat yang cukup lumayan.
Spesifikasi
Kereta elektrik ini berukuran 2×1 meter, yang dibuat menggunakan plat besi dan roda motosikal sebagai roda. Menurut Sasmito, kereta elektrik ciptaannya memiliki kuasa yang cukup besar jika disertakan dengan bateri lithium 40 ampere.
Kuasa dari bateri tersebut dikatakan mampu digunakan untuk beregerak dalam kelajuan 40km/j.
Kos
Kereta elektrik yang dihasilkan, dikatakan memerlukan kos kira-kira Rp 15 juta (RM4,554). Walaupun kosnya agak mahal, ianya berpadanan dengan kemampuan kereta ini. Beberapa kelebihan lain kereta ini termasuk penggantian bateri yang perlu dilakukan sekali sahaja dalam masa tiga tahun dan mesra alam.
Lebih jimat
Sudah tentu penggunaan kereta elektrik lebih menjimatkan berbanding dengan penggunaan kereta biasa. Kereta elektrik dapat mengurangkan anggaran bahan bakar kenderaan biasa sehingga tiga kali lebih murah dalam masa setahun.
Sasmito berkata anggaran sebesar itu dapat digunakan untuk membeli bateri yang dapat digunakan selama 3 tahun.