Senarai harga baharu model Volvo di Malaysia, sehingga RM23k lebih murah

3507

Volvo Car Malaysia telah mendedahkan senarai harga terkini model-model mereka berikutan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Jangka Masa Pendek (PENJANA) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Pelan itu menyingkirkan semua cukai jualan untuk model CKD (Completely Knocked Down) dari hari ini (15 Jun) hingga 31 Disember 2020.



Semua model CKD Volvo di Malaysia akan menerima diskaun, dan semua harga baharu adalah harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk duti eksais dan tidak termasuk cukai jualan.

Harga baharu untuk model-model CKD Volvo:

XC40 T5 R-Design: RM241,450
XC60 T5 Momentum: RM316,390
XC60 T8 Inscription Plus: RM326,120
XC90 T5 Momentum: RM350,810
XC90 T8 Inscription: RM381,520
XC90 T8 Inscription Plus: RM391,150
S60 T8 R-Design: RM282,540
S90 T5: RM319,630
S90 T8 Inscription: RM349,670
S90 T8 Inscription Plus: RM368,920

Sementara itu, untuk anda yang berkenan memiliki Volvo baharu, Volvo Car Malaysia turut menawarkan Recharged Package bernilai RM30,888, pengecaj Hager Wallbox bernilai RM8,000 dan pakej penyelenggaraan 5-tahun.

Tawaran ini khas kepada model terpilih sahaja, dan tertakluk kepada stok. Oh ya, semua tempahan secara online juga akan menerima pakej Polestar Optimization bernilai RM5,250.

Pemilik Volvo sedia ada pula tidak perlu rasa terlepas dengan semua faedah yang sedang ditawarkan untuk pemilik baharu.

Syarikat itu akan memberikan diskaun sehingga 30 peratus untuk alat-ganti servis terpilih, 20 peratus untuk aksesori roda, 15 peratus untuk Polestar Software Optimization, hingga 50 peratus untuk aksesori terpilih, dan pemeriksaan kesihatan serta cuci kereta.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here