Bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk pelanggan dan pekerjanya ketika perniagaan kembali beroperasi semasa wabak Covid-19 masih melanda, Goodyear mengumumkan ‘Zero Contact’ inisiatif (Zero Contact).
Dengan insiatif ini, pelanggan boleh mendapatkan tayar baru di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang terlibat tanpa melibatkan sentuhan secara langsung sepanjang proses dijalankan.
Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Memandangkan kami kembali beroperasi di seluruh negara, kami juga memasuki era ‘normal baharu’ yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan peka dalam menangani setiap keperluan pelanggan kami.
“Proses jaminan ‘Zero Contact’ Goodyear adalah tiada sentuhan secara langsung berlaku antara pekerja dan pelanggan dari saat anda menghantar kenderaan sehingga mengambil semula kenderaan tersebut, bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak.
“Kami berharap melalui program ini, kami terus memberi jaminan kepada pelanggan setia Goodyear di mana kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri mereka dan pada masa yang sama tetap komited dalam memastikan keselamatan tayar mereka”, tambah Ng.
Melalui perlaksanaan inisiatif ini, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare pilihan mereka.
Ini boleh dilakukan melalui panggilan telefon atau WhatsApp di laman sesawang Goodyear Malaysia. Untuk menempah temujanji, layari www.goodyear.com.my/store di telefon mudah alih anda dan gunakan fungsi peta untuk memilih lokasi yang berhampiran dengan anda.
Selepas lokasi dipilih, dengan mudah, tekan ikon WhatsApp untuk membuat temujanji dengan Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare yang dipilih.
Kawasan letak kereta ‘Zero Contact’ disediakan khas untuk pelanggan meletakkan kereta dan sebuah kotak juga disediakan untuk meletakkan kunci kereta mereka di premis.
Pekerja yang bertugas di Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare akan mengambil kenderaan anda dan membuat pemasangan tayar baru.
Sebelum mengembalikan kereta kepada pemilik, pemeriksaan keselamatan kenderaan akan dilakukan di setiap 12 titik poin sentuhan utama untuk setiap kenderaan, diikuti dengan pembasmian kuman.
Langkah-langkah pencegahan lain juga akan dilaksanakan di Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare.
Di samping itu, anda juga berpeluang untuk merebut hadiah percuma (tertakluk kepada stok dan ketersediaan) di mana-mana Pusat Servis Kenderaan Goodyear Autocare sepanjang tempoh perkhidmatan ‘Zero Contact’.
Bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2020, setiap pelanggan yang membuat pembelian minima empat tayar (model terpilih) layak menerima payung Goodyear atau tikar anti-gelincir Goodyear (bergantung kepada jenis tayar dibeli).
Untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh layari laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia di www.goodyear.com.my.