Kenderaan Mazda di Malaysia kini diservis guna minyak enjin Petronas Syntium

1970

Bermaz Motor telah mengumumkan persetujuan bekalan dengan Petronas Lubricants Marketing Malasia (PLMM) untuk menggunakan minyak enjin Petronas Syntium sintetik sepenuhnya di pusat edarannya.

Bekalan itu akan bermula bulan depan, jadi kenderaan Mazda anda akan mendapat minyak enjin Petronas selepas tempoh itu. Ia juga akan terus digunakan di bawah pakej servis penyelenggaraan percuma tanpa sebarang penambahan kos.



Hardeep Kirpal Singh, CEO PLMM berkata: “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Bermaz Motor dalam membekalkan teknologi terkini Petronas Syntium dengan Cooltech yang diformulasikan untuk melawan haba berlebihan dalam enjin untuk prestasi lebih baik.”

Bagi Bermaz Motor pula, mereka teruja dengan kerjasama ini yang akan menguatkan lagi hubungan mereka dengan PLMM.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here