Di London, apabila bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris ingin menjual kereta mereka, mereka melakukan cara yang sama seperti yang orang ramai lakukan.
Mereka akan mengambil beberapa gambar, menyatakan spesifikasi kenderaan dan meletakkan iklan di AutoTrader untuk menarik minat para pembeli.
“AutoTrader memang menjadi tempat kepada para pemain bola sepak yang ingin menukar citarasa kenderaan mereka, lebih-lebih lagi menjelang kembalinya aksi di Liga Perdana Inggeris,” kata promoter AutoTrader, Rory Reid.
“SUV sangat popular dikalangan bintang Liga Perdana Inggeris pada tahun ini, terutamanya produk keluaran dari Range Rover,” katanya.
Berikut adalah senarai enam kereta yang pernah dimiliki oleh bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris, yang dijual di AutoTrader.
- Wayne Rooney, Range Rover, £50,000 (RM263,493)
Wayne Rooney telah mimiliki banyak kenderaan setelah bertahun-tahun aksinya di Liga Perdana Inggeris.
Sudah tentu, Land Rover Range Rover Sport bewarna hitam keluaran tahun 2014 hanyalah kenderaan biasa yang dimiliki oleh bekas bintang Manchester United itu.
Menurut sumber, kereta ini sering digunakan oleh isterinya iaitu Coleen Rooney, dan memiliki jarak perjalanan sejauh 119,091km. Bahagian dalam kereta ini dilengkapi dengan hiasan dalam yang bewarna merah dan hitam, dan juga dilengkapi dengan Freeview Tv yang berfungsi untuk menghiburkan kanak-kanak.
2. Vincent Kompany, Ford Mustang, £49,499 (RM260,853)
Musim lepas merupakan musim terakhir legenda Manchester City tersebut beraksi di Liga Perdana Inggeris. Jika anda ingin merasa nostalgia selepas pemain pertahanan Belgium tersebut meninggalkan stadium Etihad, anda boleh mendapatkan keretanya.
Kereta ini adalah Ford Mustang Shelby GT-California edisi terhad, yang diinspirasikan dari watak dalam filem Transformers iaitu Bumblebee. Kompany adalah satu-satuntya pemilik kereta ini, yang mempunyai jarak perjalanan sejauh 4,828km dan ia disertakan dengan Ford Racing Power Upgrade Package.
3. Christian Fuchs, Land Rover Defender 90, £49,950 (RM263,230)
Semasa Christian Fuchs menjadi juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 2016 bersama pasukan Leicester City, dia dihadiahkan sebuah Land Rover Defender 90 oleh pengurusnya ketika itu iaitu Claudio Ranieri.
Masih baru, kenderaan ini hanya memiliki jarak perjalanan sejauh 804km. Ianya hadir dengan transmisi manual, enjin 2.2-liter dan mampu mencapai kelajuan dari 0-100km/j dalam tempoh 15.8 saat.
Dari pandangan luaran, kenderaan ini nampak begitu menarik hasil sentuhan dari Overfinch.
4. Michael Keane, Land Rover Range Rover 2015, £49,990 (RM263,440)
Pemain pertahanan Everton, Michael Keane adalah pemain yang amat teliti tentang penjagaan keretanya. Land Rover Range Rover tahun 2015 miliknya dilengkapi dengan enjin diesel 3.0-liter dengan perjalanan sejauh 531,08km sahaja.
Bahagian dalam kereta ini mendapat sentuhan dari Urban Automotive, dan dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan mewah yang lain.
Selain televisyen digital, terdapat juga sistem hiburan dan juga kerusi urut di dalam kenderaan ini.
5. Jimmy Floyd Hasselbaink, Porsche 911 2003, £37,500 (RM197,620)
Bekas penyerang Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink membeli Porsche 911 keluaran tahun 2003 ini, dan sejak dari itu, jentera ini sudah mempunyai empat pemilik yang berbeza.
Pemilik terbaru jentera ini telah menjualnya selepas ia dipulihkan tanpa sebarang kos pada enam tahun lalu.
6. Pemilik rahsia, Porsche Macan, £38,995 (RM205,498)
Porsche Macan ini dipercayai milik seorang pemain Southampton yang memilih untuk merahsiakan identitinya.
Mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.2 saat, SUV ini juga mempunyai kelajuan maksimum pada 255km/j.
Ia dilengkapi dengan tempat duduk sport GTS di bahagian depan dan sistem pembesar suara dari BOSE.