Kereta terpakai biasanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah individu. Ada yang beranggapan bahawa kereta terpakai ini adalah kereta yang telah mengalami kemalangan namun dibaik pulih semula, tidak tahan lama dan sebagainya.
Namun begitu, sebenarnya terdapat beberapa kereta terpakai yang dijual dengan harga jutaan ringgit, bahkan lebih mahal dari sesebuah kereta yang baru.
Biasanya kereta-kereta ini terdiri dari keluaran edisi terhad dan mempunyai latar belakang, sejarah atau kisah menarik di sebaliknya.
Disini kami kami akan senaraikan lima buah kereta terpakai termahal di dunia.
- Ferrari 250 GTO 1962
Ferrari 250 GTO dikatakan merupakan kereta terpakai termahal di dunia. Pada tahun 2014, kereta ini dikatakan telah berjaya dijual dengan harga USD38 juta (RM162.7 juta). Sementara pada tahun 2018, dilaporkan bahawa seseorang telah menjualnya dengan harga USD48.4 juta (RM162.7 juta).
Faktor utama kenapa kereta ini sangat mahal ialah kerana Ferrari menghasilkannya hanya sebanyak 36 unit pada tahun 1962-1964. Kereta klasik ini dikuasakan oleh enjin V12 3.0-liter yang mampu menghasilkan sehingga 296hp dan 294Nm tork.
2. Ferrari 335 S 1957 Satu lagi kereta dari Ferrari yang dihasilkan dalam unit yang terhad. Pada tahun 1957, syarikat pengeluar dari Itali tersebut telah menghasilkan sebanyak empat unit kereta ini.
Dikuasakan oleh enjin V12 4.0-liter, kereta ini adalah model Ferrari yang mampu menyaingi penguasaan Maserati 450S pada masa itu. Pada tahun 2016, kereta ini dijual dengan harga sekitar USD35.7 juta (RM152juta).
3. Mercedes-Benz W196 1954
Berbeza dengan jenis dua kereta sebelumnya, Mercedes-Benz W196 merupakan kereta lumba untuk Formula 1. W196 mendominasi pada dua musim perlumbaan tersebut dengan dua pelumba iaitu Juan Manuel Fangio dan
Stirling Moss.
Pada acara lelongan yang diadakan pada tahun 2013, casis kereta ini dijual dengan harga USD29.6 juta (RM126 juta).
4. Ferrari 290 MM 1956 Satu lagi model dari Ferrari berada dalam senarai ini. Ferrari 290 MM 1956 telah dihasilkan sebanyak empat unit pada tahun 1956. Kereta ini dikuasakan oleh enjin V12 3.5-liter yang mampu mencapai kelajuan maksimum pada 280km/j.
Kereta ini menjuarai pertandingan Mille Miglia pada tahun 1956 dengan pelumbanya iaitu Eugenio Castellotti. Pada acara lelongan yang diadakan oleh RM Sothesbys, kereta ini berjaya dijual dengan harga USD28 juta (RM119.7 juta).
5. Ferrari 275 GTB/4S NART Spider 1967 Kereta ini merupakan model khas yang dihasilkan oleh Ferrari untuk
Luigi Chinetti di Amerika Utara. Pada mulanya, kereta ini dirancang untuk dihasilkan dalam jumlah yang banyak namun ianya dihasilkan hanya dalam 10 unit kerana kekurangan permintaan dari pelanggan.
Pada tahun 2013, salah seorang pemilik kereta ini berjaya menjualnya dengan harga USD27.5 juta (RM117.3 juta) dalam satu acara lelongan.
Kereta yang dijual dipercayai pernah menjadi milik Eddie Smith, yang memilikinya sejak tahun 1968 dan kerap digunakan sehingga dia meninggal dunia pada tahun 2007.
Enam tahun selepas itu, keluarga Eddie menjual kereta tersebut dengan harga yang menabjubkan.
Sumber: otodetik.com, wikipedia, Ferrari.com