Jentera rali Proton Satria Neo Millington 2500 untuk dijual! RM450k sahaja

6735

Anda semua pasti tahu tentang Proton Satria Neo S2000 iaitu jentera rali berwarna kuning yang banyak mendominasi kejuaraan rali berprestij seluruh dunia sekitar 2009 hingga 2012.

Antara kejuaraan rali yang pernah disertai oleh Satria Neo S2000 ini adalah Asia Pacific Rally Championship (APRC), International Rally Challenge (IRC) dan Super 2000 World Rally Championship (SWRC).



Namun, tahukah anda mengenai Proton Satria Neo Millington 2500? Ianya jentera rali dengan casis sama, tetapi disumbat dengan enjin Millington 2,500cc Diamond Series 2 yang dihasilkan oleh Mellor Elliots Motorsport (MEM), satu nama yang tidak asing dalam dunia rali terutamanya di benua Eropah.

Satria Neo Millington 2500 ini dibangunkan untuk menyertai acara-acara rali di sekitar UK dan Ireland, dan kini ia boleh menjadi milik anda!

Ia kini sedang disenaraikan di laman bidaan Motorsports Auctions, dan harga semasanya pada masa artikel ini ditulis ialah pada GBP85,000 (kira-kira RM450,000).

Menurut pemiliknya, enjin Millington 2500 Series 2+ pada Satria Neo ini baru melalui dua acara rali sejak ia di-overhaul oleh MOM. Kotak gear, cat badan dan brek AP Racing padanya juga telah diperiksa.

Jadi, amacam? Jika anda sedang mencari sebuah kereta rali yang kompetitif, Satria Neo Millington 2500 pastinya calon yang sangat sesuai.

Turut ditulis pada ruang butiran adalah ianya telah menduduki tempat ketiga teratas dalam acara disertainya, dan mengalahkan jentera-jentera WRC dan R5!

Jangan main-main, casis lama masih berbisa mampu kalahkan model-model dengan casis baru!

Anda boleh rujuk sendiri butiran Satria Neo ini atau hubungi pemiliknya di sini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here