Ini senarai kereta mewah Sushant Singh Rajput

2468

Sushant Singh Rajput memang dikenali dengan selebriti yang mempunyai jumlah peminat yang begitu besar. Dia bukan hanya pelakon yang baik, tetapi juga penari yang luar biasa dan juga pengacara televisyen berbakat.

Di sini, kita akan membincangkan tentang kehidupan Sushant sebelum dia meninggal dunia. Siapa sangka, Sushant sebenarnya meninggalkan banyak aset bernilai tinggi.



Jumlah nilai bersih kekayaan Sushant Singh Rajput dianggarkan sekitar USD8 juta (RM32 juta). Dengan wang yang sebegitu banyak, tidak hairan jika dia merupakan pelakon Bollywood pertama di India yang membeli tanah di bulan.

Selain itu, Sushant Singh Rajput juga memiliki beberapa koleksi kenderaan kereta mewah. Antaranya adalah:

 Maserati Quattroporte 2015

Maserati Quattroporte keluaran tahun 2015 disertakan dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin V6 3.0-liter twin-turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 404hp dan 550Nm tork. Satu lagi pilihan enjin ialah enjin V8 3.8-liter yang menghasilkan 529hp dan 710Nm tork.

Kedua-dua pilihan enjin ini disertakan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Selain itu, kereta ini juga disediakan dengan sistem infotainment UConnect dari Fiat Chrysler dan sistem audio dari Bowers and Wilkins.

Range Rover Evoque 2014

Sushant Singh Rajput

Range Rover Evoque keluaran tahun 2014 ini dikuasakan oleh enjin V8 5.0-liter supercharged DOHC 32-valve yang mampu menghasilkan sehingga 510hp pada 6,000 rpm.

SUV ini juga dilengkapi dengan transmisi automatik 8-kelajuan, sistem pacuan semua roda dan disertakan dengan mod pemanduan secara manual.

BMW K1300R

Sushant Singh Rajput

BMW K1300R adalah motosikal yang dihasilkan oleh BMW pada tahun 2008 hingga tahun 2015. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1,293cc 4-silinder sebaris yang mampu menghasilkan sehingga 173hp pada 9,250rpm dan 140Nm tork pada 8,250rpm. 

Selain itu, ia juga mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.81 saat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here