Volvo SELEKT beri pilihan beli kenderaan Volvo pada harga lebih rendah

1680

Kenderaan-kenderaan Volvo terkini sememangnya semakin menarik dan mampu menggugat iman seorang ketua keluarga. Ia kemas, berkuasa, luas, dan paling penting, selamat.

Tapi untuk anda yang mempunya bajet terhad, kini Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo SELEKT, iaitu program kereta terpakai jenama Sweden itu.



Ini bukanlah kereta terpakai sebarangan. Sebaliknya, hanya kereta Volvo yang mempunyai jaminan 5-tahun dan mempunyai jarak perbatuan kurang 100,000km akan disenaraikan di bawah program ini.

Setiap kereta juga akan melalui pemeriksaan 125 poin dan semua perisian teknologinya dikemas-kini dengan perisian terkini.

Jika berlaku kerosakan juga, alat-ganti tulen Volvo akan digunakan bagi memasikan ianya sentiasa berada dalam keadaan optimum dan sedia dipandu. Kerja servis dan baik-pulih juga dilakukan oleh juruteknik Volvo yang sah dan terlatih.

Sebagai permulaan, selepas anda membeli kenderaan dari Volvo SELEKT, kenderaan anda akan diberikan jaminan minimum 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan 1 tahun percuma (VSA 1) dan Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan.

Anda juga dapat memilih daripada variasi aksesori yang direka untuk tahan lasak, pintar, bercirikan keluarga dan memberikan perlindungan yang direka dengan tujuan membentuk kelancaran hubungan antara kereta dan gaya hidup.

Bagi pemandu aktif yang mencari pengalaman pemanduan yang lebih dinamik, pakej Polestar juga ditawarkan sebagai penambahan pilihan untuk model-model Volvo yang terpilih.

Semua kereta Volvo SELEKT telah menjalani pemeriksaan yang diluluskan oleh Volvo dan hanya dilakukan oleh pengedar Volvo Car yang sah di Malaysia.

Pastikan kenderaan Volvo SELEKT baru anda diberikan sijil pengesahan semasa pembelian.

Program Volvo SELEKT pada masa ini hanya tersedia di Pusat SELEKT Sisma Auto Glenmarie, dan lebih banyak pengedar yang sah akan turut mengambil bahagian nanti.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.volvocars.com/my/cars/volvo-selekt.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here